Tugasan Individu (GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran)



Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Tajuk: Aktiviti Yang Berasaskan Kemahiran Asas Yang Menggunakan Bahan Kitar Semula – Aktiviti Kenali Warna Dan Aktiviti Cara Mengikat Tali Kasut Dengan Menggunakan Bahan Kitar Semula.

Tekan Link Website Slideshare Bagi Tugasan Individu BBM Saya Seperti Dibawah :

Mari Mengenali Dunia Pendidikan Khas

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,
Pada hari ini saya berbincangkan topik tentang mari mengenali dunia pendidikan khas.

Apakah itu pendidikan khas?
  • Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. 
  • Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. 
  • Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. 
  • Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.
Apakah yang dimaksudkan tentang Pendidikan Khas?
  • Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas (Hallahan &Kaufman 2000). 
  • Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. 
  • Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. 
  • Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. 
  • Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
Visi Pendidikan Khas
  • Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Misi Pendidikan Khas
  • Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Peristiwa Penting Yang mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas
  1. DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT (1948) - Meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan ‘keperluan -keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
  2. Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal.
  3. AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 (tafsiran) telah dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.
  4. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1978) telah mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana tanggungjawab kementerian tertentu adalah sebagaimana berikut:
  • Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran( terencat akal ) yang boleh didik.
  • Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.
  • Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko.
Akhir sekali, selain daripada itu dalam Laporan jawatankuasa Kabinet tersebut juga Akta Pelajaran 1961 telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan pada hari ini. Sekian Terima Kasih.

Mengapa Saya Memilih Bidang Pendidikan Khas?


Assalamualaikum dan Selamat Malam,

Pada malam ini, saya akan menceritakan tentang mengapa saya memilih menjadi Guru Pendidikan Khas?? Sebelum tu saya memilih bidang Pendidikan Khas ni, banyak yang saya dengar macam-macam pendapat tentang bidang Pendidikan Khas ni…Ade yang merendahkan…Ade yang menyokong….

"Hah! Dah lepas Diploma kan??
Dapat result ok tak??
Dapat bidang ape? Kat mana?"

Saya pun menjawab,
"Alhamdulillah..dah lepas dah..
result? alhamdulillah,3.38..
Dapat Bidang Pendidikan Khas..UKM.."

"Bidang Pendidikan Khas?
result kau kan bagus Ann,kenape pilih bidang ni??
Weyh2, nanti kene jadi cikgu orang cacat tau..
air liur meleleh, pekak, bisu, terencat..
boleh ke? Sanggup ke?
Ambillah bidang pendidikan pendidikan awal kanak-kanak macam diploma kau amik tu.."

"Bidang Pendidikan Khas?”
Wahh~ baguslah..ade elaun..
banyak tau elaunnye..
kalah cikgu biasa..
lagipun, senang jew keje tu..
ajar budak, pastu balik awal dan gaji lebih..
Syok tuuu..bagus-bagus!"

"Bidang Pendidikan Khas?
Ape tu?? Ajar ape tu??
Khas tu kenape??"

"Kos Pendidikan Khas?
Alhamdulillah..bagus Ann..
Tak ramai berani pilih bidang ni..
Bukan calang-calang yang terpilih..
Apa orang ckp, insan terpilih je yang dapat bidang ni..
Iyelah, kite nak mengajar pelajar khas, penghuni Syurga,
InsyaAllah dengan niat baik, mereka akan mendoakan kita kelak"

Hurmm..
Macam-macam yang saya telah dengar..
ade yang sakit hati,
ade yang buat saya tersenyum happy,
ade yang buat saya rasa nak hempok kepala orang tu,
tapi apakan daya saya ni..
mereka tak salah,
cuma cara penyampaian mereka tu yang salah..
*haisyhh,tampar kang!

Okey!


Antara sebab kenapa orang memilih untuk menjadi Guru Pendidikan Khas….Secara umumnya seperti dibawah:

1) Minat
- Minat dalam bidang pendidikan khas membuatkan kita rasa semangat untuk mendidik pelajar yang khas sama seperti pelajar normal yang lain.

2) Cabaran baru
- Ada juga orang yang tak tahu sangat pasal bidang ni tapi ada juga yang dah tahu cuma tak berapa minat pun. Malah, mereka menjadikan bidang ini sebagai cabaran baru kepada mereka untuk menjadikan mereka berbeza dengan orang lain.

3) Hubungan
- Kebanyakan orang yang memilih bidang ini biasanya ada pengalaman atau saudara-mara yang tergolong dalam insan yang istimewa. Perasaan nak membantu orang yang dikenali mendorong mereka untuk membuat keputusan untuk terlibat dalam bidang ini.

4) Alasan Balik Kampung
- Apekah?? Hal ini bermaksudnya ialah mereka pilih bidang ni untuk cukupkan kuota je..lepas itu bidang ni kan masih perlukan tenaga pengajar lagi…bagi mereka, jika memilih bidang ni mudah posting sekolah yang berdekatan dengan rumah..

5) Tiada pilihan
- Daripada menganggur,mereka pun memilih untuk mengambil bidang ini..

6) Eskapisme
- Hal ini bermaksud adalah kecenderungan kepada khayalan dan hiburan untuk lari dari dunia nyata.

- Jadi  mereka menganggap bidang ni mudah diceburi supaya dapat 'curi tulang'. Manakala, murid yang berada dalam aliran perdana, dimana murid perlu menunjukkan kecemerlangan akademik. sekiranya murid pendidikan khas tidak berjaya, sudah pasti mereka tidak dipersalahkan kerana murid mereka murid istimewa..Haihhhh, macam tu pulak pemikiran korang yer.

Walau apapun sebab kita terjun ke bidang ini, yang paling penting ialah kita sudah berikrar untuk berbakti dalam mendidik murid-murid khas sama seperti pelajar normal yang lain...

Teruk sangat ke yang saya memilih bidang ni?

TIDAK!

tapi saya BERSYUKUR....

Saya bersyukur sebab dapat terbang ke bidang ni..
Yup! Ini sememangnya pilihan saya sendiri..
walaupun pilihan kedua,
tapi saya happy dengan bidang saya sekarang ni di UKM

Enjoy,
belajar pasal kehidupan, pasal kanak-kanak..
dan banyak lagi yang dapat saya pelajari..
saya suke gile kanak-kanak..

So,
Saya rase bertuah..saya ada alasan saya sendiri mengapa saya pilih bidang ni..
Dan saya akan terangkan juga lebih lanjut pasal bidang ni..
Tapi..
nanti-nanti, okey?..huhuhu

Sekian, Terima Kasih!

Blog Ni Lama Tak Dikemaskini


Assalamulaikum dan Selamat sejahtera.

Telah sekian lama saya tak dikemaskini blog saya ni atas sebab saya dah bosan berblog ataupun dah kekeringan idea tahap kritikal sampai saya tak tahu apa yang saya mahu menulis blog ni. Jadi saya membuat keputusan untuk meninggalkan menulis blog saya ni dan saya ingin fokus dalam pelajaran di sekolah dulu2......Tapi sekarang saya masih menyambung pelajaran Degree di UKM.....Jadi seperti maklum dulu saya dapat ditawarkan belajar di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan dalam bidang Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak selama 3 tahun. Lepas 3 tahun belajar di KPTM, saya sudah membuat perancangan untuk bekerja dahulu sebelum saya konvo KPTM pada tahun 2018 nanti dan pada masa itu saya bekerja di Parkson Selayang Mall sebagai Promoter Pierre Cardin selama sebulan. Lepas sebulan saya bekerja sebagai Promoter Pierre Cardin, saya bekerja sebagai Juruwang Kontrak (Cashier) di Parkson selama 2 bulan dan pada masa itu juga saya masih menunggu permohonan dan keputusan UPU untuk saya menyambung pelajaran Ijazah dalam bidang yang sama tetapi sayangnya saya tidak dapat apa-apa ditawarkan di universiti-universiti yang lain. Jadi saya membuat rayuan permohonan UPU untuk kali kedua dan setelah itu, saya pun telah dapat tawarkan dalam bidang yang lain iaitu Pendidikan Khas. Saya tidaklah minat bidang itu tapi saya pernah nak mencuba bidang itu malah saya sendiri yang dapat bidang itu......Saya sebenarnya nak menyambung bidang yang sama seperti Diploma KPTM cuma tidak ada rezeki saya dapat tawarkan bidang itu....jadi saya terpaksa lah terima bidang yang lain ditawarkan oleh UPU....Setelah saya menyambung pelajaran di UKM pada sesi 2018/2019 dan saya juga merupakan seorang pelajar prasiswazah UKM di Fakulti Pendidikan dalam bidang Pendidikan Khas selama 4 tahun. Sekarang saya sudah Tahun 2 dan banyak lagi yang saya harus hadapi selama 2 tahun lagi.....Apa yang saya harapkan bahawa semoga saya dipermudahkan pelajaran di UKM selama 4 tahun.....Seterusnya nanti saya akan menulis dan update blog ni akan datang nanti. Itu sahaja yang saya ingin kongsikan dan saya harap anda semua tidak jemu kunjungi blog saya serta tidak bosan dengan apa yang saya ingin menulis dan dikongsikan.

Sekian Terima Kasih