Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharam 1434H

Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H pada hari Khamis, 15 November 2012 kepada semua pengunjung blog ini, khasnya kepada mereka yang beragama Islam. Jangan lupa baca doa akhir dan doa awal tahun. Semoga tahun ini lebih baik dan lebih barokah daripada tahun-tahun sebelumnya.........Aamiin.


Dan satu lagi, Video ini khas untuk anda semua yang mengunjung di blog saya ni.......hayatilah lagu tema Maal Hijrah yang sering dimainkan pada setiap tahun sambutannya.



Lirik lagu:

Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam 
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pergorbanan
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan 

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah 
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman