Pada hari ini saya berbincangkan topik tentang mari mengenali dunia pendidikan khas.
Apakah itu pendidikan khas?
- Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas.
- Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas.
- Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.
- Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.
Apakah yang dimaksudkan tentang Pendidikan Khas?
- Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas (Hallahan &Kaufman 2000).
- Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif.
- Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat.
- Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.
- Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
Visi Pendidikan Khas
- Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Misi Pendidikan Khas
- Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Peristiwa Penting Yang mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas
- DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT (1948) - Meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan ‘keperluan -keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
- Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal.
- AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 (tafsiran) telah dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.
- LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1978) telah mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana tanggungjawab kementerian tertentu adalah sebagaimana berikut:
- Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran( terencat akal ) yang boleh didik.
- Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.
- Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko.
Akhir sekali, selain daripada itu dalam Laporan jawatankuasa Kabinet
tersebut juga Akta Pelajaran 1961 telah disemak semula dan digantikan dengan
Akta Pendidikan 1996.
Itu sahaja yang ingin saya kongsikan pada hari ini. Sekian Terima Kasih.

