Assalamualaikum
dan Selamat Malam,
Pada
malam ini, saya akan menceritakan tentang mengapa saya memilih menjadi Guru
Pendidikan Khas?? Sebelum
tu saya memilih bidang Pendidikan Khas ni, banyak yang saya dengar macam-macam
pendapat tentang bidang Pendidikan Khas ni…Ade yang merendahkan…Ade yang menyokong….
"Hah!
Dah lepas Diploma kan??
Dapat
result ok tak??
Dapat
bidang ape? Kat mana?"
Saya pun menjawab,
"Alhamdulillah..dah
lepas dah..
result?
alhamdulillah,3.38..
Dapat
Bidang Pendidikan Khas..UKM.."
"Bidang
Pendidikan Khas?
result
kau kan bagus Ann,kenape pilih bidang ni??
Weyh2,
nanti kene jadi cikgu orang cacat tau..
air
liur meleleh, pekak, bisu, terencat..
boleh
ke? Sanggup ke?
Ambillah
bidang pendidikan pendidikan awal kanak-kanak macam diploma kau amik tu.."
"Bidang
Pendidikan Khas?”
Wahh~
baguslah..ade elaun..
banyak
tau elaunnye..
kalah
cikgu biasa..
lagipun,
senang jew keje tu..
ajar
budak, pastu balik awal dan gaji lebih..
Syok
tuuu..bagus-bagus!"
"Bidang
Pendidikan Khas?
Ape
tu?? Ajar ape tu??
Khas
tu kenape??"
"Kos
Pendidikan Khas?
Alhamdulillah..bagus
Ann..
Tak
ramai berani pilih bidang ni..
Bukan
calang-calang yang terpilih..
Apa
orang ckp, insan terpilih je yang dapat bidang ni..
Iyelah,
kite nak mengajar pelajar khas, penghuni Syurga,
InsyaAllah
dengan niat baik, mereka akan mendoakan kita kelak"
Hurmm..
Macam-macam
yang saya telah dengar..
ade
yang sakit hati,
ade
yang buat saya tersenyum happy,
ade
yang buat saya rasa nak hempok kepala orang tu,
tapi apakan
daya saya ni..
mereka
tak salah,
cuma
cara penyampaian mereka tu yang salah..
*haisyhh,tampar
kang!
Okey!
Okey!
Antara
sebab kenapa orang memilih untuk menjadi Guru Pendidikan Khas….Secara umumnya
seperti dibawah:
1)
Minat
-
Minat dalam bidang pendidikan khas membuatkan kita rasa semangat untuk mendidik
pelajar yang khas sama seperti pelajar normal yang lain.
2)
Cabaran baru
-
Ada juga orang yang tak tahu sangat pasal bidang ni tapi ada juga yang dah tahu
cuma tak berapa minat pun. Malah, mereka menjadikan bidang ini sebagai cabaran
baru kepada mereka untuk menjadikan mereka berbeza dengan orang lain.
3)
Hubungan
-
Kebanyakan orang yang memilih bidang ini biasanya ada pengalaman atau saudara-mara
yang tergolong dalam insan yang istimewa. Perasaan nak membantu orang yang
dikenali mendorong mereka untuk membuat keputusan untuk terlibat dalam bidang
ini.
4)
Alasan Balik Kampung
-
Apekah?? Hal ini bermaksudnya ialah mereka pilih bidang ni untuk cukupkan kuota
je..lepas itu bidang ni kan masih perlukan tenaga pengajar lagi…bagi mereka, jika
memilih bidang ni mudah posting sekolah yang berdekatan dengan rumah..
5)
Tiada pilihan
-
Daripada menganggur,mereka pun memilih untuk mengambil bidang ini..
6)
Eskapisme
- Hal ini bermaksud adalah kecenderungan kepada khayalan dan hiburan untuk lari dari
dunia nyata.
- Jadi mereka menganggap bidang ni mudah diceburi supaya dapat 'curi tulang'. Manakala, murid
yang berada dalam aliran perdana, dimana murid perlu menunjukkan kecemerlangan
akademik. sekiranya murid pendidikan khas tidak berjaya, sudah pasti mereka
tidak dipersalahkan kerana murid mereka murid istimewa..Haihhhh, macam tu pulak
pemikiran korang yer.
Walau
apapun sebab kita terjun ke bidang ini, yang paling penting ialah kita sudah
berikrar untuk berbakti dalam mendidik murid-murid khas sama seperti pelajar
normal yang lain...
Teruk sangat ke yang saya memilih bidang ni?
TIDAK!
tapi saya BERSYUKUR....
Saya bersyukur sebab dapat terbang ke bidang ni..
Yup! Ini
sememangnya pilihan saya sendiri..
walaupun
pilihan kedua,
tapi saya happy dengan bidang saya sekarang ni di UKM
Enjoy,
belajar
pasal kehidupan, pasal kanak-kanak..
dan
banyak lagi yang dapat saya pelajari..
saya suke gile kanak-kanak..
So,
Saya rase bertuah..saya ada alasan saya sendiri mengapa saya pilih bidang ni..
Dan saya akan terangkan juga lebih lanjut pasal bidang ni..
Tapi..
nanti-nanti, okey?..huhuhu
Sekian, Terima Kasih!

4 Comments:
Saya memilih bidang pendidikan khas sebab saya berminat untuk belajar dan mendekati mereka dalam bidang pendidikan
Adakah susah atau senang ajar bidang ini
sebelum ini dah pernah ambil tahu tentang subjek Pendidikan khas ke? kenapa pilih sebagai pilihan kedua selain dari Pendidikan biasa?
Nice information
Catat Ulasan